Skip to main content

Bola Sepak

Stones kagumi usaha Sterling

raheemsterling_1.jpg
John Stones mengagumi kerja keras yang ditampilkan oleh rakan sepasukan Manchester City, Raheem Sterling, musim ini.

Sterling telah menjaringkan 17 gol musim ini dan memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) dan Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bolasepak (FWA), tahun ini.

Tetapi pemain kebangsaan England itu turut memiliki pengarah di luar padang apabila membuat pendirian menentang isu perkauman dalam media sosial dan di dalam stadium.

Walaupun Stones tidak berpeluang untuk mengundi Sterling -- atau Bernardo Silva -- untuk anugerah PFA, dia bagaimanapun mengambil kesempatan untuk memuji bekas penyerang Liverpool itu.

"Saya berharap dapat mengundi rakan sepasukan di City," kata Stones.

"Bagaimana Raheem menguruskan dirinya musim ini, dia telah mengatasi banyak perkara -- termasuk perkara yang bukan melibatkan bola sepak.

"Cara dia menegakkan kepercayaannya dan masih lagi dapat menampilkan persembahan terbaiknya, ia adalah sesuatu yang mengagumkan saya," tambahnya.

Stones, yang memilih untuk mengundi Son Heung-min, menjelaskan bagaimana penyerang Tottenham itu berjaya menyingkirkan City daripada UCL, harus diberikan pujian.

"Saya seorang peminat Heung-min, dia mula menampilkan kualiti yang sebenar. Saya telah mengundi dia."

Advertisement

Must Watch Video