Pep Guardiola dan John Stones meluahkan kegembiraan selepas menyaksikan Sergio Aguero menamatkan kemarau jaringan dalam kemenangan 3-0 Manchester City ke atas Fulham semalam.
Aguero dihimpit kecederaan sejak tahun lalu dan tidak menjaringkan gol sejak Januari tahun lalu.
Tetapi dia menamatkan kemarau itu dalam separuh masa kedua di Craven Cottage, menyempurnakan penalti selepas Ferran Torres dijatuhkan oleh Tosin Adarabioyo.
Aguero sebelum ini melewati 13 penampilan, 641 minit permainan dan 24 percubaan tanpa meledak gol dalam saingan liga, menurut Opta, jaringan terakhirnya terhasil ketika bertemu Sheffield United 417 hari yang lalu.
Jaringan pemain berusia 32 tahun itu terhasil selepas gol kelima John Stones musim ini dan yang kelapan daripada Gabriel Jesus.
Apabila ditanyakan mengenai Aguero menemui jaringan, Guardiola berkata kepada Sky Sports, "Penting baginya [Aguero]. Untuk menjaringkan gol adalah segalanya baginya.
"Gabriel turut sama, dan Ferran bermain dengan cemerlang. Semua pemain bermain dengan baik."
Stones menambah, "Saya sangat gembira untuk Sergio untuk mendapatkan semula perasaan itu.
"Kami mengetahui dia seorang pemain berkualiti dan saya sangat gembira menyaksikan dia kembali meledak gol, sama seperti penyokong City."

95 - Gabriel Jesus has been directly involved in 95 goals in his 114 starts in all competitions for Manchester City (73 goals, 22 assists), scoring eight and assisting one more in his last 10 starts. Impressive. #FULMCI pic.twitter.com/q4NG4WURtV
— OptaJoe (@OptaJoe) March 13, 2021
Apabila ditanyakan mengenai Aguero menemui jaringan, Guardiola berkata kepada Sky Sports, "Penting baginya [Aguero]. Untuk menjaringkan gol adalah segalanya baginya.
"Gabriel turut sama, dan Ferran bermain dengan cemerlang. Semua pemain bermain dengan baik."
417 - Sergio Agüero has ended a run of 13 appearances, 641 minutes of play and 24 shots without scoring in the Premier League, with his penalty against Fulham his first league goal since January 2020 v Sheff Utd, 417 days ago. Awaited. #FULMCI pic.twitter.com/klMMRZwPTL