Pertahanan England, John Stones, bercadang untuk menonton semula persembahannya dalam Piala Dunia 2018.
Stones diangkat selaku salah seorang pemain terbaik England dalam kejohanan di Russia itu setelah tampil dalam setiap perlawanan untuk England melakar kejutan mara ke separuh akhir sebelum terkandas 1-2 kepada Croatia.
Pemain berusia 24 tahun itu berharap dapat kembali ke Manchester City menjelang pertembungan merebut Perisai Komuniti menentang Chelsea serta berikrar akan kembali ke pangkuan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebagai pemain yang lebih baik.
"Saya akan menonton semua perlawanan membabitkan saya sendiri (bersama England) mengenai apa yang kami lakukan dalam situasi di kedua-dua hujung padang. Apabila jika anda tidak menjaringkan gol, anda tidak memenangi perlawanan dan jika anda gagal mengekalkan rekod bersih, kami juga tidak akan menang," katanya.
"Itulah realiti perit apabila anda bermain di tahap paling tinggi.
''Adalah bagus untuk menganalisis sendiri dan menjadi kritikal. Itulah bagaimana saya mencapai tahap sejauh ini dan bertambah baik. Anda perlu tegas terhadap diri sendiri kerana itu satu-satunya cara anda akan menjadi lebih baik dengan mengkaji situasi-situasi kelemahan anda."
Stones turut berbangga diturunkan dalam kesemua tujuh perlawanan membabitkan England dalam kejohanan itu memandangkan khidmatnya langsung tidak digunakan dalam Kejohanan Eropah, dua tahun lalu.
"Saya sangat gembira dapat bermain dalam setiap perlawanan, saya berusaha sebaik mungkin dan memberikan segala-galanya untuk pasukan," katanya.
"Saya mahu bermain dalam setiap perlawanan, ia sesuatu yang sukar di Perancis dua tahun lalu. Saya tahu bagaimana perasaannya tidak bermain, jadi saya tahu bagaimana rasanya pemain yang kurang mendapat perhatian.
"Tetapi, mereka berdiri teguh di belakang kami sebagaimana saya lakukan sebelum ini. Semua orang memainkan peranan mereka."
England menduduki tempat keempat dalam Piala Dunia selepas tumpas 0-2 kepada Belgium dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, kelmarin.