Skip to main content

Bola Sepak

Sterling akur kesilapan mudah hadapi Belanda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raheem-sterling_10npvnbnpp0uh1r5tqiev6v320.jpg
Raheem Sterling menyalahkan kesilapan mudah menjadi punca England tewas di tangan Belanda dalam aksi separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA awal pagi tadi.

England tunduk 3-1 di Guimaraes walaupu terlebih dahulu di depan menerusi sepakan penalti Marcus Rashford.

Matthijs De Ligt menyamakan kedudukan buat skuad kendalian Ronald Koeman itu sebelum membenam tahap fokus lawan untuk meraih kemenangan dalam tambahan masa.

Kesilapan John Stones membolehkan bola sepakan Quincy Promes terkena Kyle Walker dan menerjah jaring sebelum kelekaan Ross Barkley memberi ruang buat pemain gantian Belanda itu mengesahkan slot final bertemu Portugal.

Sterling mengetuai England dalam penampilan antarabangsa ke-50 tetapi penggempur Manchester City itu menerima hakikat bahawa kekalahan yang dialami berpunca daripada diri sendiri.

"Saya rasa kami memberikan tekanan terlalu tinggi. Sehingga penghujung babak kedua, kami pasukan lebih baik tetapi kesilapan mudah berlaku dan kami dihukum," katanya.

"Mereka mengenakan tekanan yang sempurna dan kami mencipta dua kesilapan. Kami mencubanya beberapa kali tetapi tidak berjaya."

England tewas dalam separuh akhir dalam tempoh dua tahun berturut-turut setelah terkandas di peringkat sama dalam Piala Dunia tahun lalu.

Namun, Sterling berasa skuad The Three Lions masih boleh mengambil positif terhadap usaha mereka walaupun sekadar berada dalam kelompok empat pasukan terbaik.

"Kami melakukan peningkatan untuk ke peringkat ini," tambahnya.

"Ia tentang memulakan perkara baru dan cuba sehingga ke saat terakhir."
 

Advertisement

Must Watch Video