Skip to main content

Bola Sepak

Sterling, Aguero kekalkan rekod tanpa kalah City

sergioagueroraheemsterlingbernardosilva.jpg
MANCHESTER CITY 2 BRIGHTON 0    

Manchester City mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Raheem Sterling dan Sergio Aguero memastikan kemenangan 2-0 ke atas Brighton and Hove Albion, semalam.


Skuad bimbingan Pep Guardiola itu dikerah menunggu hingga minit ke-30 untuk Sterling membuka jaringan -- gol keempatnya musim ini.

Brighton meningkatkan permainan bertahan, bagaimanapun Aguero berjaya mencari ruang untuk meledak gol kedua perlawanan pada minit ke-65.

Keputusan tersebut meletakkan City kembali mendahului EPL selepas Liverpool seri 1-1 dengan Chelsea.

Aguero menggerakkan serangan City dan melakukan hantaran kepada Leroy Sane sebelum pemain kebangsaan Jerman itu berjaya mengumpan jaringan Sterling.

Penyerang kebangsaan Argentina itu menyusuli gilirannya untuk memastikan kemenangan City dalam separuh masa kedua selepas melakukan gerakan satu-dua dengan Sterling.

City dan Liverpool kini terikat dengan 19 mata selepas tujuh perlawanan tetapi skuad kendalian Pep Guardiola itu mendahului liga dengan kelebihan jaringan.

Advertisement

Must Watch Video