Malaysia Football League (MFL) menegaskan tonggak import Pahang, Mohamadou Sumareh, hanya boleh didaftarkan selaku pemain tempatan selepas tempoh lima tahun dari tarikh dia mendapat kad pengenalan atau pasport negara ini.
Kejayaan mendapat status warganegara bukan satu jaminan MFL akan menerima terus Sumareh menjadi pemain tempatan dalam masa terdekat.
Bagi MFL, kes Sumareh berbeza dengan pemain lain yang menerima kerakyatan atas status mempunyai pertalian darah.
Bagaimanapun, perkara itu boleh dibincangkan di pihak lembaga pengarah, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, jika Pahang membuat rayuan.
"Kami telah membuat peraturan pada tahun lepas lagi, jika pemain itu tidak memiliki pertalian darah di Malaysia, seseorang pemain itu perlu memegang pasport Malaysia selama lima tahun sebelum dilabel sebagai pemain tempatan," kata Kevin ketika ditemui dalam sesi undian Piala Cabaran yang mempertemukan tujuh pasukan yang tidak beraksi dalam Piala Malaysia selain ATM selaku pasukan jemputan.
Kumpulan A memperlihatkan Negeri Sembilan diundi dengan Sarawak, UKM dan Terengganu FC (TFC) II sementara Kumpulan B, Johor Darul Ta'zim (JDT) II bakal berdepan Pulau Pinang, UiTM dan ATM.
"Kami mahu membuktikan kebolehan kami, cuba untuk menampilkan persembahan yang berbeza daripada saingan Liga Super. Tiada sasaran tetapi kami akan mengambil perlawanan demi perlawanan dan berusaha mendapatkan keputusan yang positif," kata ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mario Lemos.
"Kami telah berusaha untuk layak ke Piala Malaysia tetapi hajat itu tidak kesampaian. Piala Cabaran ini menyaksikan beberapa pasukan handalan bersaing dan kami akan menampilkan persembahan terbaik," ujar ketua pasukan UKM, Asnan Ahmad.