BOLA SEPAK
Stadium Shah Alam cenderung dirobohkan, kata menteri besar
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berpandangan merobohkan Stadium Shah Alam adalah pilihan paling tepat selepas mengambil kira beberapa faktor utama, khususnya membabitkan kos.
Tarikh 16 julai 2022 genap usia 28 tahun stadium cukup ikonik itu tetapi ia bakal menerima nasib dirobohkan selepas mengalami kerosakan yang menelan belanja pemulihan sebanyak RM787 juta.
"Kos untuk baik pulih sahaja ialah RM700j, stadium ini dibina dengan RM400j, maknanya gandaan hampir sekali ganda untuk baik pulih.
Iklan
"Jadi saya tidak mahu menolak untuk membangunkan stadium ini dengan kapasiti dan kemudahan yang sesuai.
"Kalau kami ganti elemen tertentu, belum tentu keseluruhan kerana mempunyai struktur atau pendawaian dan salirannya.
"Ketika ini saya lebih yakin untuk membangunkannya semula," kata Amirudin yang ditemui dalam Majlis Penyerahan Surat Niat Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang melibatkan 15 buah syarikat sepanjang 10 tahun.

Tiga episod banjir pada 2006, 2015 dan 2021 memburukkan lagi keadaan selain masalah bumbung dengan pemasangan sekeping polikarbonat boleh mencecah RM1000.
"Sebab itu kami terpaksa naikkan kosnya agar tidak lagi (ditenggelami) banjir pada masa depan, sebab itu kosnya lebih RM700j.
"Polikarbonat sebagai contohnya, sebelum ini bahannya perlu didapatkan dari luar negara dan kosnya sangat besar. Kos minimum untuk sekeping adalah di antara RM500-RM1000 sebab perlu dinaikkan dengan kren sebagaimana yang kami buat pada 2017," katanya.
Must-Watch Video