Skip to main content

Bola Sepak

Stadium Nasional, Bukit Jalil sedia anjur final Piala FA 2017

bukitjalil-100517.jpg
Perbadanan Stadium Malaysia masih menunggu keputusan daripada Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sama ada mahu menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2017.

Stadium Nasional  kini sudah hampir siap melalui proses tranformasi dengan beberapa ciri-ciri menarik melengkapi stadium itu.

Justeru, tinjauan dilakukan hari ini untuk melihat tahap kesesuaian stadium itu bagi menjadi venue perlawanan akhir Piala FA 2017 yang dijadual dilangsungkan pada 20 Mei.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia, Azman Fahmi Osman, berkata pihaknya hanya memberi cadangan dan sebarang keputusan akhir adalah tertakluk kepada FAM dan FMLLP.

"Kami hanya menunggu keputusan FAM mengenai penganjuran perlawanan bola sepak (di Bukit Jalil).

"Bagaimanapun, perancangan asal kami akan tetap diteruskan, iaitu memasang trek.

"Dan apabila stadium ini dibuka (sepenuhnya) pada Julai ini, kami akan mengalu-alukan FAM kalau mereka ingin mengadakan perlawanan persahabatan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video