Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi buat Sri Pahang (bergelar Pahang sebelum penjenamaan semula nama pasukan) merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada edisi 2014.
Pahang di bawah kendalian Zainal Abidin Hassan turun berbekalkan status juara bertahan setelah menumbangkan Kelantan di perlawanan akhir edisi sebelumnya.
Manakala JDT, ketika itu di bawah kendalian Bojan Hodak mara ke final usai menyingkirkan Felda United pada pertemuan separuh akhir yang cukup epik dengan keputusan 6-5.
Legenda skuad Tok Gajah, Pahang, Dickson Nwakaeme, memberikan gol pembukaan buat Pahang sebelum Jorge Pereyra Diaz serta Luciano Figueroa memastikan JDT meraih dua gol dalam separuh masa pertama.
Pahang perlu bermain dengan 10 pemain apabila pertahanan kanan, Saiful Nizam Miswan, dilayangkan kad merah pada minit ke-70, memaksa Tok Gajah beraksi dengan 10 orang pemain.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang Pahang untuk mencetak gol penyamaan menerusi Dickson Nwakaeme di minit ke-71 sekaligus mengakhiri aksi 90 minit dengan jaringan 2-2.
Tiada jaringan dapat dihasilkan juga pada masa tambahan 30 minit selepas itu membuatkan pertemuan di hadapan sekitar 80,000 penyokong ini berlanjutan ke aksi penentuan sepakan penalti.
Kesemua empat tendangan awal berhasil disempurnakan dengan baik oleh kedua-dua pasukan sebelum sepakan pemain JDT, Norshahrul Idlan Tahala menggegar palang dan memberikan kemenangan buat Pahang.
Aksi final ini berakhir dengan keputusan sepakan penalti 5-4 memihak Pahang dan membantu skuad Tok Gajah ini muncul juara Piala Malaysia buat kali keempat dalam sejarah pasukan.
Kini, selepas 11 tahun, kedua-dua pasukan akan bertemu lagi di pentas final Piala Malaysia dengan JDT pastinya ketika ini berada di tahap terbaik untuk mempertahankan kejuaraan ini.
Siapa bakal dinobat sebagai pemenang?