TOTTENHAM 1 MANCHESTER CITY 0
Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, bimbang Harry Kane barangkali boleh terlepas baki musim ini selepas ditimpa kecederaan buku lali ketika menentang Manchester City.
Penyerang itu perlu mendapatkan bantuan daripada kakitangan perubatan Spurs berikutan terjahan Fabian Delph dalam babak kedua pertemuan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Sejurus itu, jaringan daripada Son Heung-min menyusul untuk memberikan Tottenham kemenangan 1-0 sambil penyerang The Citizens, Sergio Aguero, pula gagal menyempurnakan penalti dalam separuh masa pertama.
Kane kemudian dilihat meninggalkan padang dengan dengan kaki kirinya dipakaikan pelindung.
Pochettino tidak pasti sama ada ia adalah kecederaan berulang yang menyebabkan Kane diketepikan selama sebulan pada awal tahun ini, namun beliau bimbang sekiranya perlu menghadapi baki musim ini tanpa penggempur berbisa berkenaan.
"Sekiranya anda melihat insiden itu, terjahan itu membuatkan pergelangan kakinya terkehel dan mungkin menjejaskan ligamen kakinya lagi. Kami perlu menilai keadaannya dalam beberapa hari lagi," katanya dalam sidang akhbar di London.
"Ia sangat menyakitkan, kami harap ia bukan masalah besar dan akan cuba memulihkannya secepat mungkin tetapi ia tidak kelihatan baik."
Ketika ditanya apakah beliau gusar Kane akan terlepas baki kempen musim ini, Pochettino menjawab: "Ya."
Pochettino tampak berang di luar padang berikutan tindakan keras Delph terhadap rakan sepasukannya dalam kem England itu.
Menurut Pochettino, Delph mungkin bernasib baik kerana tidak dibuang padang tetapi dalam masa sama, beliau tidak menganggap pemain itu sengaja membahayakan pihak lawan.
"Saya bercakap dengan Delph mengenai keadaan yang berlaku kerana dia begitu kecewa dan agresif terhadap Harry," kata Pochettino.
"Saya cuba membuatkannya faham bahawa bukan niat Harry atau dia untuk cuba mencederakan di antara satu sama lain. Ia adalah satu aksi yang sukar.
"Saya berkata kepadanya, 'Anda bernasib baik -- jika diperiksa melalui video bantuan pengadil (VAR), mungkin secara teknikalnya ia membawa kepada kad merah'. Saya fikir kedua-dua pemain itu cuba merebut bola dan tidak berniat untuk mencederakan satu sama lain.
"(Perbualan kami) tampak macam tegang tetapi ia sebenarnya adalah perbualan yang mesra, tiada masalah di antara kami."