Pengendali Chelsea, Antonio Conte, percaya Tottenham Hotspur memiliki peluang lebih baik berbanding kelabya dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL).
Skuad pimpinan Mauricio Pochettino itu memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Chelsea, namun usaha mereka terbantut apabila tewas 1-0 kepada West Ham, sekaligus meletakkan Chelsea di dalam kedudukan selesa untuk menjuarai EPL.
Jika The Blues menewaskan Middlesbrough di Stamford Bridge awal pagi esok – dengan keputusan yang bakal menyingkirkan Boro -- serta meraih tiga mata penuh ketika bertemu West Brom empat hari kemudian, mereka akan bergelar juara sebelum Spurs beraksi bertemu Manchester United.
Chelsea bebas daripada sebarang aksi di pentas Eropah apabila mereka menamatkan saingan di tempat ke-10 pada musim 2015-16, manakala Spurs terpaksa mengharungi kekecewaan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan Liga Europa (UEL).
Daripada melihatnya sebagai satu faktor yang memihaknya, Conte percaya Pochettino memiliki pemain-pemain yang berbakat dan mampu memberikan cabaran kepada kelab-kelab lain.
"Saya harus bersikap jujur mengenai perkara ini. Saya berpendapat Tottenham memiliki kelebihan kerana Pochettino adalah seorang pengurus yang berkualiti dan beliau telah bekerjasama dengan pasukan itu selama tiga tahun," kata Conte.
"Musim lalu, Tottenham bersaing untuk menjuarai EPL dan Chelsea menamatkan saingan di tangga ke-10.
"Jika kami tidak mempamerkan aksi sebegini, Tottenham mampu menjuarai liga tanpa sebarang masalah."