Skip to main content

Bola Sepak

Spurs miliki jentera serangan 'istimewa' -- Arteta

kane.jpg
Tottenham memiliki salah satu jentera serangan yang paling 'istimewa' dalam bola sepak Eropah, menurut pengendali Arsenal, Mikel Arteta.

Spurs bertandang untuk pertemuan derby London utara bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) esok, dengan skuad kendalian Jose Mourinho selesa mendahului tujuh mata ke atas Gunners.

Kedua-dua pasukan beraksi dalam Liga Europa, semalam, Spurs menewaskan Dinamo Zagreb 2-0 sementara Arsenal mengatasi Olympiacos 3-1 di Greece.

Bagaimanapun, persembahan domestik Arsenal kurang konsisten sementara skuad kendalian Mourinho sudah kembali menemui rentak.

Ketika pendekatan bertahan Spurs membenarkan mereka mendahului liga November lalu sebelum dihimpit masalah kecederaan, Mourinho sekali lagi mendapatkan keseimbangan dan berjaya memenuhi potensi jentera serangan pasukan.

Harry Kane cemerlang musim ini, meledak 16 gol dan mencetak 13 assist dalam saingan EPL, sementara Gareth Bale pula telah terlibat dalam enam gol dalam empat penampilan terakhir (empat gol dua assist).

The Welshman juga telah menjaringkan lima gol Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal dalam kariernya, lebih banyak daripada yang telah dijaringkannya melawan pasukan lain dalam EPL.

Son Heung-min dan Kane, terus membentuk keserasian. Dalam kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace minggu lalu, Son melakukan assist bagi jaringan kedua Kane dan mereka telah  bergabung menundukkan Arsenal 2-0 dalam perlawanan Disember lalu..
 

"Ini akan menjadi sangat sukar kerana tahap kualiti, ketepatan, dan persefahaman yang ada di antara mereka menjadikan mereka mungkin salah satu gandingan serangan paling istimewa di Eropah," kata Arteta.

"Mereka tidak perlukan banyak, mereka mampu menghasilkan peluang sendiri, mereka mampu bergabung sebagai satu pasukan. Kami akan tetap membuat persiapan untuk menghalang mereka."

Advertisement

Must Watch Video