Tottenham Hotspur melengkapkan perpindahan Ryan Sessegnon daripada Fulham dengan perjanjian yang menyaksikan Josh Onomah turut berpindah ke haluan bertentangan.
Sessegnon, yang boleh beraksi di mana-mana posisi di sebelah kiri, telah dikaitkan dengan Spurs sejak 18 bulan lalu dan persefahaman itu akhirnya dicapai kedua-dua kelab London berkenaan.
Spurs dilaporkan membayar £25 juta (RM127 juta) kepada Fulham untuk mendapatkan pemain berusia 19 tahun itu dengan produk akademi, Onomah -- yang menghabiskan dua musim lalu dalam Liga Kejuaraan sebagai pemain yang dipinjamkan kepada Aston Villa dan Sheffield Wednesday -- turut menjadi sebahagian daripada perjanjian itu.
Sessegnon, yang juga pemain skuad B-21 England, melakukan 35 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim 2018-19 dengan menghasilkan dua gol dan enam bantuan jaringan.
Dia menjadi pemain keempat yang ditandatangani Spurs selepas kehadiran Tanguy Ndombele, Giovani Lo Celso dan Jack Clarke, yang dipinjamkan semula kepada Leeds United.