BRIGHTON & HOVE ALBION 0 TOTTENHAM HOTSPUR 2
Tottenham menghidupkan peluang penamat empat teratas musim ini selepas menewaskan Brighton and Hove Albion 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex awal pagi tadi.
Gol daripada Cristian Romero dan Harry Kane, masing-masing pada minit ke-37 dan 57, memastikan pasukan bimbingan Antonio Conte itu kini hanya dibezakan tiga mata dengan pasukan di tangga keempat, Arsenal, walaupun The Gunners berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Romero membuka jaringan buat Tottenham dalam babak pertama selepas membiaskan percubaan Dejan Kulusevski melepasi Robert Sanchez.
Kane kemudian menggandakan kelebihan pelawat selepas 12 minit babak kedua bersambung untuk kini bergelar penjaring terbanyak EPL di laman lawan dengan 95 gol daripada 139 penampilan.
Spurs seterusnya akan menantikan kunjungan West Ham pada awal pagi Isnin ini manakala Brighton pula akan berehat panjang sehingga perlawanan menentang Norwich City awal bulan depan.