Mauricio Pochettino berkata Tottenham Hotspur menawarkan sokongan terhadap bekas bintang mereka yang kini beraksi bersama Everton, Aaron Lennon, setelah dimasukkan ke hospital.
Kelmarin, Everton mengumumkan pemain sayap berusia 30 tahun itu kini dirawat bagi penyakit berkaitan dengan tekanan.
Lennon pernah tampil sebanyak 21 kali bersama skuad England dan bekas pemain Leeds United itu telah membuat lebih 250 penampilan liga untuk Tottenham di antara musim 2005 dan 2015.
Dan Pochettino, yang pernah mengendalikan pemain sayap itu selepas dilantik di White Hart Lane pada 2014, berkata dalam sidang akhbar bahawa Spurs bersedia menghulurkan bantuan terhadap Lennon jika diperlukan.
"Kami berasa amat kesal dengan keadaan Aaron, kami mahu melahirkan hasrat kami untuk dia pulih tidak lama lagi, dia dan keluarganya," katanya.
"Kelab ini sedang berhubung dengan ejennya, kami cuba untuk melihat apa yang boleh kami tawarkan untuk membantunya.
"Kami semua berasa sangat kesal. Dia berada di sini hampir 10 tahun dan Tottenham sangat mengambil berat mengenai keadaannya."
Bekas tonggak Crystal Palace dan Everton, Andy Johnson, menggunakan media sosial untuk mempromosikan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan mental berikutan masalah yang dihadapi Lennon.
Everton mahu kes Lennon ini dikendalikan secara peribadi dan menghulurkan segala bentuk bantuan untuk dia kembali secepat mungkin.
"Keseluruhan media sosial pada hari ini berbeza dengan keadaan pada 20 tahun lalu. Sudah tentu wujud tekanan lebih besar. Wujud lebih banyak situasi bola sepak, perlawanan dan ia sangat sukar buat pemain.
"Sudah tentu kami mahu dia kembali dan apa yang lebih penting adalah cuba mengembalikan dia dalam keadaan asal.
"Kehidupan dan kesihatan adalah lebih penting berbanding bola sepak."