Skip to main content

Bola Sepak

Spurs buat kenyataan dengan kemenangan ke atas United - Pochettino

kanelucas-cropped_bab7d0n7rynb17iqk4p9qvpit.jpg
Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, percaya pasukannya sudah membuat kenyataan dengan kemenangan 3-0 ke atas Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi.

Sepasang gol daripada Lucas Moura selepas jaringan pembukaan Harry Kane dalam separuh masa kedua menyaksikan Spurs meneruskan permulaan sempurna mereka dalam Liga Perdana dengan kemenangan ketiga.

Walaupun United sukar memulakan kempen, Pochettino berasakan kemenangan pasukannya itu adalah mesej kepada pesaing lain.

"Saya fikir ia samgat penting kerana ia meletakkan kami dalam kedudukan penting dalam liga," katanya dalam sidang akhbar.

"Satu lagi keputusan negatif hari ini dan ia terbuka sekali lagi, (orang akan katakan ia) sukar untuk Tottenham menang di tempat lawan menentang pasukan kelompok enam teratas.

"Ini boleh menimbulkan beberapa kenyataan besar untuk mengatakan, 'Baiklah, kami berada di sini' untuk menunjukkan bahawa kami percaya kepada diri kami sendiri. Karekter yang baik. Saya fikir kesudahannya hanya tiga mata tetapi kami perlu bertenang.

"Dengan cara yang sama, kami boleh gembira kerana Manchester United adalah pasukan yang hebat. Tidak mudah bermain dan datang ke sini. Mungkin mudah untuk menjaringkan gol tetapi selepas 1-0, kamu mahu bermain selamat dan berkata, 'Baiklah, mari kita bermain selamat dan menamatkan perlawanan dengan 1-0'.

"Tetapi saya fikir karekter dan keperibadian pasukan cuba untuk mencari gol kedua dan ketiga. Saya fikir itulah sebabnya kami berhak mendapat keputusan ini dan semua pemain berhak mendapat pujian."

Selepas Kane menanduk masuk sepakan penjuru daripada Kieran Trippier untuk gol pembukaan, Lucas meledak dua kali, termasuk usaha solo yang baik pada minit ke-84.

Lucas, yang tiba di Tottenham daripada Paris Saint-Germain (PSG), Januari lalu, kini mengumpul tiga gol musim ini dan Pochettino memuji penyerang itu.

"Dia akan menerima banyak pujian sekarang. Tetapi bagi saya, saya ingin mengatakan (kerja sangat bagus) kepada ketua pencari bakat kami, Steve Hitchen, dan semua orang yang bekerja dengannya, kerana mereka memberi nasihat untuk menandatanganinya," katanya.

"Apabila orang kadang-kadang mengkritik kerana selalu sukar sekarang, saya fikir saya perlu berkata baik, kerana prestasi hari ini daripada Lucas Moura, bagi orang yang menasihat dan bertanggungjawab juga perlu dipuji. Itulah sebabnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka.

"Selalu ada orang yang bekerja di belakang tabir dan ia adalah pekerjaan yang hebat kerana hari ini saya fikir Lucas berhak mendapat banyak pujian."
 

Advertisement

Must Watch Video