Skip to main content

Bola Sepak

Spurs beri kelebihan kepada Arsenal dalam perebutan slot ke UCL

kane_2s8r0m5gl76d1jeynv7plz13a.jpg
Tottenham seri tanpa jaringan dengan Brentford semalam sekaligus memberikan kelebihan kepada Arsenal dalam persaingan merebut tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal menewaskan Manchester United 3-1 menyaksikan mereka mendahului tiga mata ke atas skuad kendalian Antonio Conte, dan kegagalan Spurs mengikut rentak menghalang mereka untuk memintas The Gunners dengan perbezaan jaringan.

Spurs tidak menawarkan ancaman yang cukup dalam separuh masa pertama yang dinikmati Brentford, apabila tuan rumah hampir mendapatkan jaringan menerusi Ivan Toney yang sekadar menggegar palang gol.

Perlawanan kelihatan lebih terbuka selepas bersambung dalam separuh masa kedua namun peluang terbaik masih lagi memihak Brentford, yang sekali lagi mengegar palang menerusi Toney dan hanya gagal mendapatkan kemenangan kekurangan kualiti dalam sentuhan penyudah.
 

Advertisement

Must Watch Video