Skip to main content

Bola Sepak

Spurs, Ajax berhak melangkah ke separuh akhir

pochettino.jpg
Mauricio Pochettino berkata Tottenham dan Ajax berhak melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) dan menyedari kualiti yang dimiliki gergasi Eredivisie itu.

Spurs dan Ajax tidak dilihat selaku pilihan untuk layak ke separuh akhir, namun kecemerlangan dalam pusingan kalah mati telah membawa mereka ke tahap ini.

Kelab Belanda itu memiliki rekod cemerlang selepas mengatasi penyandang juara, Real Madrid, dan Juventus.

Keputusan itu memaksa pengurus Tottenham, Pochettino, melaungkan amaran bahawa Ajax mahu menghadirkan ancaman dalam aksi separuh akhir pertama di London, awal pagi esok.

"Melangkah ke separuh, anda memerlukan kualiti dan pemain-pemain yang luar biasa," kata Pochettino.

"Mereka memiliki skuad yang besar seperti Bayern Munich, kemudian mengatasi Real Madrid dan Juventus. Ia membuktikan kebolehan sebenar mereka.

"Pengurus dan pemain-pemain telah memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan," ujarnya.

Selepas Spurs tewas 0-1 kepada West Ham di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu, Ajax menikmati hujung minggu tanpa sebarang perlawanan.

Pochettino melihat perkara itu sebagai tindakan yang tidak adil, namun ia tidak harus dijadikan alasan.

"Realitinya, Ajax memiliki tempoh selama seminggu untuk membuat persiapan manakala kami tidak.

"Persiapan yang lebih lama bermakna kurang risiko tetapi ia tidak seharusnya dijadikan alasan."
 

Advertisement

Must Watch Video