Ketua jurulatih Manchester United, Erik ten Hag, sedang memantau rapi perkembangan lanjut mengenai masa depannya di kelab terkemuka England itu selepas menerima beberapa khabar angin yang daripada serata media sosial.

Sebelum ini, legenda Manchester United, Dwight Yorke, berkata bahawa jurulatih kelahiran Belanda itu perlu diberikan peluang susulan kejayaan menjuarai Piala FA Inggeris, baru-baru ini.

Menurut laporan daripada Sky Sports, dia sentiasa ingin terus menabur bakti bersama The Red Devils namun, secara realistiknya bekas jurulatih Ajax Amsterdam itu sudah menjangkakan nasibnya ketika ini.

Meskipun menduduki tangga kelapan liga, The Red Devils mencatatkan pengakhiran yang bermakna buat seluruh peminatnya selepas berjaya merampas slot ke Liga Eropah (UEL), musim depan.

Bagaimanapun, spekulasi dan tanda tanya terus menghantui masa depan pengendali berusia 54 tahun itu. Tetapi, Ten Hag tidak mahu bercakap mengenainya selain hanya menutup mulut tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang.