INTER 2 TOTTENHAM 1
Selepas permulaan sukar bagi musim 2018-19, Luciano Spalletti percaya kebangkitan Inter ke atas Tottenham memberikannya keyakinan yang besar terhadap pasukan.
The Nerazzurri hadir ke dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Liga Juara-Juara (UCL) dengan hanya satu kemenangan daripada empat aksi pembukaan Serie A musim ini.
Ia dilihat akan berterusan di San Siro ketika perlawanan berbaki lima minit apabila Inter masih lagi ketinggalan 1-0 kepada jaringan Christian Eriksen.
Tetapi rembatan voli Mauro Icardi menyamakan kedudukan sebelum Matias Vecino menanduk masuk gol kedua dalam masa kecederaan bagi memastikan kemenangan pertama mereka dalam UCL sejak musim 2011-12 dengan kebangkitan yang penuh dramatik.
"Mengubah keputusan perlawanan pada penghujung permainan amat memuaskan," kata Spalletti.
"Kami melihat bagaimana penyokong meraikan kemenangan ini, kami sentiasa menyerang dan ini merupakan persembahan yang memuaskan daripada pemain-pemain.
"Keputusan ini memberikan kami kepercayaan terhadap tugas yang kami lakukan. Memastikan pemain-pemain seperti Icardi berada di tahap terbaik adalah keutamaan pasukan bagi mencetak jaringan.
"Icardi adalah pemain yang profesional dan dia tidak lari daripada tanggungjawab dan kami perlu bersedia untuk memenangi perlawanan tanpanya. Kami tidak boleh menurunkan barisan sama dalam setiap perlawanan."