Gareth Southgate menegaskan England tidak akan "jatuh ke dalam perangkap yang sama" seperti menentang Iceland dua tahun lalu ketika bertemu Colombia dalam pusingan 16, Piala Dunia Russia, malam ini.
England, yang ketika itu di bawah bimbingan Roy Hodgson, menyaksikan kempen Euro 2016 mereka berakhir di peringkat yang sama susulan aksi buruk di Nice, dengan Southgate mendakwa pasukan itu hilang fokus dan sudahpun memikirkan mengenai cabaran seterusnya.
Sehubungan itu, sepanjang kempen The Three Lions di Russia, Southgate menegaskan skuadnya hanya akan menumpukan kepada tugasan di Moscow semata-mata.
Beliau berkata: "Kami cuba membuat persediaan secara psikologi ke atas pasukan supaya mereka hanya fokus kepada matlamat semasa.
"Mereka mungkin memerlukan desakan atau ditenangkan, itulah yang akan dilakukan oleh kakitangan saya.
"Apa yang kami rasakan adalah satu kegembiraan dan pemahaman bahawa tiada gunanya untuk melihat jauh terlalu awal selain malam ini.
"Mungkin itulah perangkap yang menyebabkan kami tertewas sebelum ini. Beberapa pemain pasukan ini pernah beraksi dalam kejohanan terakhir apabila mereka berpandangan ada perlawanan tertentu yang perlu mereka menangi, kemudian mereka ketinggalan dan berasa selesa, mungkin pendekatan itu tidak betul.
"Saya tidak menjangkakannya pada malam ini, kami sedar keperluan mengalahkan mereka tetapi pencapaian ke pusingan ini juga adalah cemerlang.
"Pasukan ini mendahului kesemua jangkaan. Mereka dahagakan kejayaan dan mereka mahu melakukannya dengan baik demi negara mereka. Mereka sangat bangga menyarung jersi England."
Southgate berulang kali diminta mengulas mengenai pertemuan itu susulan penyingkiran Sepanyol yang mengurangkan lagi separuh daripada jumlah 'negara-negara handalan'. Begitupun, setiap soalan ditepisnya.
"Kami perlu memberi tumpuan kepada perlawanan hari ini," katanya.
"Kami mempunyai lawan yang sangat sukar, sebuah pasukan yang sangat baik yang kami hormati. Kami perlu menumpukan perhatian kepada permainan kami, bermain dengan gaya kami dengan mentaliti yang sama serta menunjukkan daya tahan dan kebebasan yang kami ada dilakukan sehingga ke tahap ini.
"Saya mahu pemain menyerang kejohanan ini sepertimana yang telah mereka lakukan, tiada perubahan mengenainya memandangkan kami berada di peringkat kalah mati. Jika ada, kami harus lebih bebas," tambahnya.
Fabian Delph masih berada di England untuk menemani isterinya yang akan bersalin, dalam masa sama Southgate berseloroh bahawa tonggak Manchester City itu "menghidangkan kari kepada isterinya untuk cuba mempercepatkan proses kelahiran", justeru penglibatannya juga masih samar-samar.
"Dia terdesak untuk membantu kami tetapi saya fikir fokusnya ketika ini adalah keperluan untuk berada di samping keluarganya," tambah Southgate.
"Generasi bapa saya akan melihatnya dengan cara berbeza tetapi anda perlu berada di sana untuk keluarga anda dan itu sangat penting."
Dengan James Rodriguez masih berjuang untuk cergas susulan ditimpa kecederaan betis, ancaman utama Colombia berkemungkinan akan hadir daripada Radamel Falcao.
Penyerang itu bergelut di England ketika dipinjamkan ke Manchester United dan Chelsea, begitupun Southgate menjelaskan ketika itu Falcao menghadapi kekangan dan tetap merupakan peminat tegarnya.
"Ketika dia bermain di England, dia baru pulih daripada kecederaan lutut," katanya.
"Ketika saya menonton aksinya bersama Atletico (Madrid), dia sangat luar biasa. Ia memerlukan 12 hingga 18 bulan yang bagus untuk pulih daripada pembedahan lutut tetapi dia kembali dengan segera untuk Piala Dunia dan saya fikir dia tidak pernah cukup cergas.
"Prestasinya nampaknya telah pulih di AS Monaco dan tentu saja setiap kali dia bermain untuk negaranya, pergerakannya sangat bagus dan kami tahu kualiti penyudahnya.
"Dia seorang pemain yang kami kenali dan kami tidak akan menghakiminya berdasarkan tempohnya dalam Liga Perdana, itu pasti."