Gareth Southgate menafikan dakwaan Sweden yang menuduh skuad England kendaliannya mendapat layanan istimewa menjelang pertembungan suku akhir Piala Dunia 2018 di Samara malam ini dengan menegaskan laluan berliku menjadi elemen penting dalam kempen di Russia.
Bekas pemain antarabangsa Sweden, Hakan Mild, menyifatkan skuad muda bimbingan Southgate sebagai "pemain yang dirosakkan oleh wang" pada awal minggu ini selain timbul suara daripada kem Janne Andersson itu yang berasakan England mungkin tidak dapat mengatasi kualiti mereka.
Timbul kejengkelan semasa sidang media pra-perlawanan itu semalam apabila John Stones memberitahu sidang akhbar, "Saya ingin mengatakan sesuatu tetapi saya tidak boleh," setelah percubaan Sweden untuk memberi tekanan kepada England digalasnya.
Begitupun, dia mengakui "generasi emas" England yang seri dengan Sweden dalam Piala Dunia 2002 dan 2006 adalah lebih tepat manakala Southgate mempertahankan karakter skuad kendaliannya.
"Kami bukannya sebuah pasukan yang hanya main-main dan bersikap sambil lewa, kami berhak berada di sini," katanya kepada pemberita, sebelum merujuk kepada peringkat liga bawahan yang membantu membentuk pemain dan kakitangannya.
"Kami merupakan gerombolan pemain yang berasal dari Barnsley, Leeds, Bolton dan Blackburn.
"Ini sangat penting buat kami pada malam ini kerana saya selalu fikir Sweden suka menggambarkan bahawa kami dimanjakan dengan kemewahan. Kami mara melalui proses kelayakan dan saya tidak fikir itu menjadi hal bagi kumpulan ini.
"Adalah penting untuk kita ingat bahawa (pembantu jurulatih) Steve (Holland) berada di Crewe, saya berada di Crystal Palace dan ketika itu kelab berkenaan tidak berada di kedudukan yang baik seperti sekarang.
"Kebanyakan pemain kami pernah bermain dalam Liga Kejuaraan atau lebih rendah lagi, sama ada mereka memulakan karier atau dipinjamkan ke sana. Mereka adalah mesej penting bagi kami.
"Kami berjaya kerana kami benar-benar bergabung antara satu sama lain, kami menampilkan bola sepak yang baik tetapi kami benar-benar berusaha ketika tanpa bola.
"Tiada penumpang, tiada siapa yang tidak berusaha dan tiada siapa yang makan angin. Itulah asas mengapa kami meraih keputusan yang baik dan kami perlu meneruskannya."
Ini adalah kualiti yang membantu pasukan England ini dekat dengan peminat sendiri selepas kegagalan dalam kejohanan utama sebelum ini.
"Bagus dapat memberi kesan terhadap beberapa perkara, begitu juga para pemain.
"Mereka berpeluang kerana mereka mempunyai suara dan pengaruh terhadap orang muda, terutama orang muda di kawasan mereka," tambah Southgate. "Mereka boleh memberi harapan kepada mereka."