Pengendali England, Gareth Southgate, menafikan keputusannya menamakan penyerang muda Manchester United, Marcus Rashford, dalam skuad England dipengaruhi oleh ketua jurulatih skuad Red Devils, Jose Mourinho.
Rashford dipanggil ke skuad senior berbanding skuad bawah 21 tahun walaupun England bakal menghadapi Kejohanan Eropah Bawah-21 di Poland pada bulan hadapan.
Mourinho sebelum itu menyatakan Rashford tidak sepatutnya 'diturunkan pangkat' ke skuad bawah-21 memandangkan dia sudah meraih lapan penampilan bersama skuad senior dan menjaringkan satu gol dalam permulaan pertamanya menentang Australia.
Southgate pada mulanya memberi kebenaran untuk jurulatih bawah 21, Aidy Boothroyd, untuk membawa Rashford ke Poland, kemudian memilih Rashford menjalani latihan bersama skuad senior menjelang perlawanan persahabatan menentang Scotland dan Perancis.
"Tida, saya tidak bercakap dengannya (Mourinho) mengenai perkara ini, saya hanya memaklumkan keputusan akhir saya,” ujar Southgate.
"Saya tidak berada dalam keadaan untuk membuat semua orang gembira dan tidak akan mendapatkannya.
“Jika saya cuba membuat Jose gembira, ia akan menjadi sukar, jadi saya akan melakukan apa yang terbaik buat skuad senior England,” katanya.
Rashford memenangi Liga Europa dan Piala EFL musim ini serta menamatkan saingan 2016-17 sebagai penyerang utama Manchester United, menyaingi kapten, Wayne Rooney, dan penyerang yang cedera, Zlatan Ibrahimovic.
"Dia sudah memenangi lebih daripada apa yang saya raih, ia jelas sesuatu yang memalukan saya.
“Rashford adalah seorang pemain yang akan melakukan apa sahaja yang anda mahukan dan dia amat berbangga untuk menyarung jersi England, sesuatu yang saya mahukan daripada setiap pemain,” tambah Southgate.