Skip to main content

Bola Sepak

Southgate: Cabaran England hadapi skuad gergasi bermula

garethsouthgate-cropped_o1bq6vjaoft71i5y8ilhyhbcq.jpg
Pengurus England, Gareth Southgate, tidak sabar untuk memberi cabaran baru buat pasukannya yang meraih pencapaian hebat ketika Piala Dunia, bermula dengan rekod cemerlang berdepan skuad gergasi dalam dunia bola sepak.

Pasukan bimbingan Southgate itu, yang dibarisi pemain-pemain muda itu mengatasi sasaran untuk mara ke separuh akhir dalam kempen Russia 2018, di mana mereka ditewaskan Croatia 2-1 dalam aksi masa tambahan.

England bakal menghadapi lawan sama bulan depan dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA dan akan memulakan cabaran berdepan Sepanyol di Wembley, awal pagi esok.

Penyokong skuad The Three Lions dijangka memberi sokongan padu susulan aksi di Russia, namun Southgate tetap mahu anak-anak buahnya meletakkan sasaran baru ketika berdepan pasukan gergasi.

"Kami mahu mencabar diri sendiri menentang pasukan terbaik," kata Southgate.

"Kami tidak melihat kepada keputusan ketika perlawanan persahabatan tetapi rekod England sewaktu berdepan pasukan terbaik dalam saingan kompetitif tidak begitu menyerlah. Ia tidak mengagumkan kecuali menundukkan Argentina ketika peringkat kumpulan Piala Dunia 2002.

"Sejak 1970, kami jarang menewaskan pasukan-pasukan besar. Sudah pasti kami mahu mencatat rekod yang baik berdepan barisan terbaik," katanya.

Southgate memberi kenyataan sambil ditemani oleh Harry Kane -- yang akan mempamerkan trofi Kasut Emas Piala Dunia yang diraihnya sebelum aksi berdepan Sepanyol -- dan pengendali itu menegaskan pasukannya harus mula mempamerkan peningkatan ketara.

"Selepas musim panas, anda harus mendapatkan keputusan yang baik.

"Kini, kami harus meningkatkan persembahan sebagai satu pasukan, menambah kualiti corak permainan, taktikal di atas padang serta mencabar diri sendiri sewaktu berdepan pasukan-pasukan besar.

"Bagi kami, saingan musim panas lalu sudah berakhir dan England harus mula meneruskan langkah untuk cabaran seterusnya. Sukan tidak harus kekal buat semua.

"Saya mengenali pemain-pemain yang memiliki pemikiran sama, di mana mereka berada pada usia yang sentiasa melihat aksi seterusnya sebagai sesuatu yang penting," katanya lagi.

Kenyataan yang dikeluarkan itu menjadi penanda bahawa dia memandang aksi realiti walaupun menghadapi harapan besar dalam beberapa bulan terakhir ini.

"Sudah tentu menyeronokkan apabila saingan antarabangsa sudah kembali. 

"Salah satu cita-cita kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah mendapatkan hubungan baik dengan penyokong2.

"Keadaan persekitaran menjadi lebih bagus buat pemain-pemain.

"Setahun lalu, apabila kami melayakkan diri ke Piala Dunia, terdapat kapal terbang kertas yang muncul di padang dan kami berfikir, 'apa yang kami lakukan di sini?'."

Advertisement

Must Watch Video