Skip to main content

Bola Sepak

SOPMA: Keserasian kunci utama bola sepak orang pekak Selangor

rudie-ramli-bola-sepak-orang-pekak-selangor.jpg
Ketua jurulatih bola sepak orang pekak Selangor, Rudie Ramli, menjelaskan komunikasi merupakan kunci utama dalam pembentukan keserasian antara pemain.

Bagaimanapun, persiapan rapi sedikit sebanyak membantu menjadi jurang dengan Pahang dalam Kejohanan Bola Sepak Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) hari ini menerusi keputusan 3-2 di MSN, Bukit Jalil.

Antara penyumbang gol adalah S. Pavithiran, S. Surrendar dan Muhammad Anis Mazahar.

Rudie menyifatkan kemenangan ini sebagai permulaan yang baik dalam misi memburu slot ke final.

"Sebagai sebuah pasukan, kami perlu terus perbaiki permainan pada masa akan datang.




"Dengan kemenangan ini saya harap kami boleh perbaikinya esok dan terus maju sebab dibarisi pemain B-23 tahun.

"Jadi ini permulaan, orang dan misi baru  buat kami," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video