Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer, United perlu rangkul gelaran musim ini -- Neville

ole-gunnar-solskjaer-liverpool-v-manchester-united.jpg
Ole Gunnar Solskjaer memerlukan gelaran musim untuk mendemonstrasi perkembangan Manchester United, menurut Gary Neville. 

United memastikan peluang mereka kekal dalam kelompok empat terbaik dengan kemenangan 1-0 ke atas West Ham, terhasil menerusi jaringan sendiri Craig Dawson dalam separuh masa kedua.

Kemenangan itu disusuli kejayaan dalam aksi derby bertemu Manchester City seminggu yang lalu, menyaksikan skuad kendalian Solskjaer di tangga kedua liga.

Namun, bekas pemain pertahanan Red Devils, Neville, berasakan mengakhiri saingan di belakang skuad kendalian Pep Guardiola tidak mencukupi, dengan alasan pentingnya menjulang gelaran menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

United mara ke suku akhir Piala FA bertemu Leicester City, namun sebelum itu mereka akan bertemu Milan dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Europa, kedudukan terikat 1-1.

"Piala FA menjadi kritikal untuk kelab bola sepak musim ini. Piala Liga dan Piala FA telah menjadi titik permulaan bagi pasukan Manchester United sejak 15 hingga 20 tahun terakhir, "kata Neville dalam podcast untuk Sky Sports.

"Sekiranya Ole Gunnar Solskjaer akan berjaya di kelab ini, dia tidak hanya perlu menduduki tempat kedua di Liga Perdana, tetapi dia harus memenangi trofi. Itu akan dilihat sebagai kemajuan yang nyata. Kemudian anda menarik pemain musim depan untuk mencuba dan mengejar Manchester City.

"Saya rasa ini adalah minggu yang cemerlang. Mengalahkan Manchester City seperti yang mereka lakukan, dan menang sekali lagi bertemu West Ham."
 

 

Advertisement

Must Watch Video