Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer tidak sangsi dengan komitmen Pogba

paul-pogba.jpg
Paul Pogba akan memberikan fokus sepenuhnya terhadap perhitungan Liga Juara -Juara Eropah menentang Barcelona di sebalik spekulasi mengenai masa depannya dengan Manchester United, kata Ole Gunnar Solskjaer.

Pogba menjaringkan dua gol sepakan penalti untuk memastikan United menewaskan West Ham 2-1 dalam Liga Perdana Inggeris, hujung minggu lalu, namun prestasinya kian merudum sejak beberapa minggu ini selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Pemain kebangsaan Perancis itu menyifatkan Madrid merupakan pasukan impian setiap pemain selain dia dilaporkan menjadi sasaran gergasi LaLiga itu untuk membina kembali pasukan di bawah kendalian Zinedine Zidane.

United akan berdepan Barca dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah di Camp Nou, awal pagi esok, walaupun masih belum memiliki perancangan jangka panjang terhadap pemain.

"Buat masa ini, sudah pasti fokus Paul adalah untuk membantu United di sini dan perlawanan malam esok," kata Solskjaer dalam sidang media ketika ditanya sama ada penyokong perlu berasa risau tentang masa depan Pogba.

"Dia beraksi hebat sejak ketibaan saya di sini dan saya tidak sangsi dengan persembahannya seperti yang dipamerkannya baru-baru ini.

"Jadi, saya berasakan mereka tidak perlu terlalu risau," katanya.

Philipe Coutinho dikhabarkan akan menyertai United ketika pemain kebangsaan Brazil itu terus bergelut untuk mencapai prestasi terbaik di Camp Nou.

United dijangka akan memperkuatkan jentera serangan mereka selepas tamat musim ini dengan Coutinho memiliki pengalaman dalam Liga Perdana ketika mewakili Liverpool sebelum ini.

Bagaimanapun, Solskjaer enggan mendedahkan sama ada Coutinho merupakan sasaran United dalam jendela perpindahan.

"Dia pemain Barcelona," jawabnya ringkas.

Advertisement

Must Watch Video