Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan Eric Bailly dijangka terlepas baki musim Manchester United selepas mengalami kecederaan lutut ketika seri dengan Chelsea, semalam.
Pertahanan United, Bailly, melakukan penampilan pertamanya sejak Februari lalu tetapi terpaksa meninggalkan padang selepas berlanggar dengan Mateo Kovacic.
Skuad kendalian Solskjaer itu, yang kini tanpa sebarang kemenangan dalam empat perlawanan, turut kehilangan khidmat Marcus Rashford ekoran masalah kecederaan dalam separuh masa kedua.
Ketika gagal untuk memberikan maklumat mengenai perkembangan Rashford, Solskjaer mengesahkan Bailly tidak akan beraksi lagi musim ini.
"Kecederaan? Kami telah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum perlawanan," kata Solskjaer.
"Saya berasakan Bailly mengalami kecederaan lutut yang serius.
"Saya pasti dia tidak akan beraksi lagi musim ini. Kami berharap dapat menampilkan barisan terbaik berdepan Huddersfield selepas ini."
United bermula baik di Old Trafford, dengan Romelu Lukaku dan Luke Shaw bergandingan untuk melakukan bantuan jaringan kepada gol pembukaan yang disempurnakan oleh Juan Mata.
Kesilapan David de Gea membenarkan Marcos Alonso menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dan kedua-dua pasukan hampir menambah jaringan, namun Solskjaer mengakui pasukannya kelihatan penat.
"Kami mula kehabisan tenaga pada penghujung perlawanan," kata Solskjaer.
"Kami telah menyuarakan perkara ini. United bergantung kepada pemain yang cergas dalam setiap perlawanan."
Keputusan seri itu menyaksikan United kekal ketinggalan tiga mata di belakang Chelsea ketika saingan berbaki dua perlawanan dan Solskjaer mencadangkan sebarang harapan melangkah ke Liga Juara-Juara (UCL) sudah berakhir.
"Jika anda melihat carta liga, sukar untuk kami layak ke UCL.
"Kami perlu pastikan kemenangan dan berharap pasukan lain kehilangan mata dalam dua perlawanan. Kami perlu menempuhi perlawanan yang sukar dan perlu memberikan tumpuan sebaik mungkin."