Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer kecam keputusan pengadil mengenai sepakan penalti

olegunnarsolskjaer-cropped_vqn9rp5j9lhb1rpxabloxamt2.jpg
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, berpendapat Marcus Rashford patut diberikan sepakan penalti ketika aksi Liga Europa menentang AZ Alkmaar yang berakhir 0-0, awal pagi tadi.

Dalam aksi di Stadium Cars Jeans itu, pemain gantian United, Rashford, dilihat beberapa kali menerima terjahan keras daripada Stijn Wuytens di penghujung perlawanan.

Selepas perlawanan, Solskjaer melihat satu skrip yang sama seperti aksi bola terkena tangan dalam petak penalti melibatkan pertahanan Arsenal, Sead Kolosinac, dalam pertemuan Selasa lalu sehingga tidak diendahkan pengadil sebelum perlawanan berakhir 1-1 di Old Trafford.

"Ia adalah penalti, 101 daripada 100," katanya.

"Berapa kali kami menerima sepakan penalti pada musim ini? Berdepan Arsenal, ia mungkin menjadi 2-0 dan hari ini, ia sepatutnya 1-0.

"Ia menafikan prestasi hebat di gelanggang lawan ketika berdepan pasukan yang baik. Kami telah ke sini dan sepatutnya meraih kemenangan."

Penjaga gol United, David De Gea, mengecewakan lawan dari Belanda itu dengan beberapa aksi tangkas sambil Rashford yakin dia patut dianugerahkan sepakan penalti.

"Dari posisi saya, sukar untuk melihatnya," ujar De Gea.

"Kami bertanya kepada Rashford dan dia yakin 100 peratus bahawa ia patut penalti.

"Saya tidak melihat situasi itu dengan baik dari posisi saya tetapi mungkin ia patut penalti."

Sama seperti sebelum ini, United gagal mencipta sebarang percubaan tepat ketika perlawanan tetapi kini memiliki empat mata dalam saingan Liga Europa dan Solskjaer tetap fokus dan positif.

Salah satu perkara yang meyakinkan adalah penampilan pertama pemain bek kiri berusia 19 tahun, Brandon Williams.

"Hebat. Anda tidak boleh melihat penampilan penuh yang lebih baik berbandingnya," tambah Solskajer.

"Dia ternyata akan meningkat dan bertambah bagus."

Advertisement

Must Watch Video