Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer harap turun skuad terbaik bertemu Milan

manchester-united-midfielder-paul-pogba.jpg
Ole Gunnar Solskjaer berharap empat atau lima pemain dapat pulih daripada kecederaan apabila Manchester United bertemu Milan dalam aksi pusingan 16 Liga Europa awal pagi Jumaat ini.

Pengurus United, Solskjaer, menjangkakan Edinson Cavani dan Anthony Martial kembali cergas, selepas terlepas tujuh daripada lapan perlawanan United, dan Martial terpaksa meninggalkan padang ketika seri 1-1 dengan Milan ekoran kecederaan pinggul.

Donny van de Beek, yang tidak diturunkan sejak 22 Februari, dijangka kembali beraksi, sementara Paul Pogba -- yang kali terakhir beraksi dalam seri 3-3 dengan Everton 6 Februari lalu -- dijangka akan kembali dalam pasukan.

Dengan Marcus Rashford kembali pulih daripada kecederaan buku lali ketika menang 1-0 ke atas West Ham sementara David de Gea bebas beraksi selepas selesai mengasingkan diri, United dapat tampil lebih baik untuk perlawanan timbal balik di San Siro, di mana kedudukannya terikat 1-1.



"Saya berharap empat atau lima pemain akan kembali untuk perlawanan tersebut," kata Solskjaer. "Kami berharap Edinson dan Anthony kembali cergas, Donny, kami berharap juga. Paul mungkin akan bersama pasukan dan David sudah kembali dalam pasukan.

United berhempas pulas mendapatkan kemenangan ke atas Hammers, jaringan terhasil menerusi jaringan sendiri Craig Dawson, mengangkat semula Red Devils ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).
 

Mason Greenwood beraksi cemerlang sebagai penyerang tengah namun gagal menamatkan kemarau jaringannya, dengan Lukasz Fabianski menafikan beberapa percubaan sebelum menggegar tiang gol dalam separuh masa kedua.

Pemain berusia 19 tahun itu sekadar meledak satu gol dalam 23 perlawanan liga musim ini, Solskjaer tidak bimbang mengenainya.

"Dia beraksi cemerlang, berhak menjaringkan gol," katanya. "Dia telah bermain dengan baik sejak kebelakangan ini. Dia menggabungkan gerakan dengan baik untuk pasukan. Dia memiliki dua peluang terbaik, satu dinafikan Fabianski dan malangnya, dia menggegar palang untuk percubaan kedua.

"Dia tetap menghasilkan peluang untuk pemain lain. Saya sangat gembira dengan Mason buat masa ini."

Advertisement

Must Watch Video