Skip to main content

Bola Sepak

Sokratis beri bayangan masa depan di Dortmund

sokratis.jpg
Sokratis Papastathopoulos memberi isyarat dia mungkin meninggalkan Borussia Dortmund bagi memenuhi hajatnya memenangi lebih banyak trofi. 

Dortmund memerlukan kemenangan dalam aksi terakhir Bundesliga musim ini sebelum menjamin tempat dalam Liga Juara-Juara, selepas ketinggalan 18 mata kepada Bayern Munich yang mempertahankan gelaran mereka.

Sokratis dan Dortmund berpeluang menamatkan musim ini dengan cemerlang apabila bakal turun beraksi merebut gelaran DFB-Pokal (Piala Jerman) ketika berdepan Eintracht Frankfurt, namun pemain pertahanan tengah itu mungkin angkat kaki. 

"Saya mahu beraksi sehingga mencecah usia 34 tahun" katanya kepada WAZ.de. "Tetapi, saya tidak memikirkan ia akan berlaku di sini atau di tempat lain. Selepas musim ini berakhir, saya mempunyai banyak masa untuk memikirkannya.

"Ada sesuatu yang kurang. Jika anda masih muda, anda mempunyai banyak masa untuk melakukan sesuatu. Namun, saya bukan lagi muda dan amat mendambakan gelaran. 

"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai musim baru. Pada musim panas ini, banyak yang boleh berlaku, pemain datang dan pergi."

Masa depan Thomas Tuchel juga dalam keraguan, namun Sokratis tidak akan memberi pandangan mengenai perbalahannya dengan jurulatih itu. 

"Kami harus fokus kepada tugas," ujar pemain Greece itu. 

"Selepas perlawanan akhir nanti, kami mempunyai banyak masa untuk membicarakan perkara ini."
 

Advertisement

Must Watch Video