MALAYSIA 0 ARAB SAUDI 0

Skuad wanita negara mencipta kejutan apabila mengikat Arab Saudi 0-0 dalam perlawanan persahabatan tier 1 di Dubai Police Stadium, Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi tadi.

Tanpa menyenaraikan pemain bintang, Intan Sarah Anisah Zulgafli, yang tidak dapat menyertai dua aksi persahabatan kali ini disebabkan urusan peribadi, skuad negara kelihatan mampu menyaingi lawan dari Timur Tengah itu dan hampir memperoleh jaringan daripada dua percubaan tepat ketua pasukan Steffi Sarge Kaur.

Malaysia seterusnya akan menghadapi Laos bagi aksi persahabatan kedua pada hujung minggu ini.

Dua aksi persahabatan itu merupakan sebahagian daripada persiapan skuad bimbingan Soleen Al-Zoubi berkenaan, yang diundi dalam Kumpulan B bersama Kemboja dan Indonesia bagi Kejohanan Bolasepak Wanita ASEAN di Laos bulan depan.