"Kami perlu gandakan usaha untuk menyekat Johor Darul Ta'zim (JDT)".
Demikian pandangan pertahanan Terengganu FC (TFC), Nasrullah Hanif Johan, dalam memastikan skuad Peteh meraih mata penuh menjelang aksi Liga Super menentang JDT di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Tonggak di bahagian benteng Terengganu itu menjadi tumpuan susulan kekalahan 0-3 kepada Pahang di Kuantan, Sabtu lalu.
Ketika itu, pemain import Tok Gajah, Dickson Nwakaeme, banyak menimbulkan kesukaran buat Terengganu untuk mengekang pergerakannya.
Lantaran itu, Nasrullah percaya aksi dengan Harimau Selatan juga pastinya serupa, apatah lagi lawan dibarisi pemain seperti Gonzalo Cabrera, Aaron Niguez serta Diogo Luis Santo.
Dia dijangka akan terus mendapat kepercayaan pengendali, Irfan Bakti Abu Salim, bagi mengemudi barisan pertahanan skuad Peteh di samping tonggak import, Igor Zonjic.
"Kami perlu betulkan kesilapan yang dilakukan ketika bertemu Pahang.
"Kami perlu memberi tumpuan kepada Cabrera, Diogo Luis Santo dan Niguez.
"Kami perlu mengawal ketat pergerakan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Nasrullah percaya masih lagi terlalu awal buat Terengganu untuk tertekan meskipun masih belum mencatat kemenangan dalam dua perlawanan.
Pemain berusia 29 tahun itu kekal dengan keyakinan bahawa pasukannya akan menemui semula rentak yang diharapkan untuk memberi cabaran kepada beberapa lagi pasukan yang di atas mereka.
"Kami belum mencapai keserasian yang diharapkan, justeru kami perlu bekerja lebih kuat lagi berbanding aksi menentang Pahang minggu lalu," tambahnya.