Empat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali daripada persaraan apabila tersenarai menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan di Johor Bahru, bermula 29 Mei ini.
Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Razak, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal, yang mengumumkan persaraan pada Julai tahun lalu, adalah antara 26 pemain yang dipanggil jurulatih baru skuad negara, Nelo Vingada.
Ia sebagai persiapan Malaysia untuk menghadapi perlawanan sulung Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lubnan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 13 Jun ini.
Ini merupakan panggilan sulung sejak jurulatih berusia 64 tahun dari Portugal itu diumum sebagai jurulatih baru pada 15 Mei lalu.
Vingada akan dibantu oleh bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, 49; Joao Arnaldo Correia De Carvalho, 59, dari Portugal; jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, 41, dan jurulatih kecergasan, Francisco Jose Bruto Da Costa, 36, dari India.
Seramai 13 pemain daripada skuad 22 pemain kendalian bekas jurulatih, Datuk Ong Kim Swee -- yang seri 0-0 menentang Filipina dalam perlawanan persahabatan di Manila, 22 Mac lalu -- dikekalkan Vingada untuk kem latihan pusat kali ini.
Sementara itu, baki 13 lagi pemain -- sama ada muka baharu atau dipanggil semula -- terdiri daripada 10 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan tiga pemain Pahang.
Bagi kem latihan pusat kali ini, seramai 15 pemain akan melapor diri pada Isnin ini manakala 11 pemain JDT perlu melapor diri pada 2 Jun selepas mereka selesai tugasan Piala AFC bertemu Ceres di Filipina pada 31 Mei.
Senarai 26 pemain: