Juventus muncul kelab Itali pertama yang mempunyai pasukan kedua untuk bersaing dalam piramid liga profesional.
Skuad Old Lady B-23 akan memulakan saingan dalam Serie C -- peringkat ketiga Itali -- dan akan bersaing sejauh Serie B.
Setelah memenuhi syarat-syarat utama Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), pembabitan Juve telah disahkan semalam.
Bekas pemain tengah Fiorentina, Mauro Zironelli, bakal mengendalikan skuad B-23 dan musim mereka akan bermula pada 25 Ogos ini.
Cavese dan Imolese turut tersenarai dalam Serie C, seperti yang diumumkan FIGC dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan tersebut: "Prato dan Como belum diterima dalam saingan Serie C pada 2019.
"Pesuruhjaya luar biasa FIGC, Roberto Fabbricini, telah meneliti permintaan dua kelab atasan dan mengesahkan bahawa kelab-kelab berkenaan tidak mematuhi syarat minimum dan permohonan telah ditolak.
"Sebaliknya, Cavese, Imolese dan skuad kedua Juventus telah disenaraikan," kata kenyataan itu lagi.