CREMONESE 0 ROMA 1
Jose Mourinho mengakui tidak senang duduk tentang kecederaan yang menimpa Nicolo Zaniolo dalam kemenangan Serie A ke atas Cremonese sambil menegaskan meratapinya tidak membantu.
Pemain tengah penyerang itu mengalami masalah di bahagian bahunya dalam kemenangan 1-0 di Stadio Olimpico, awal pagi tadi, dan terpaksa diganti sejurus sebelum separuh masa pertama berakhir.
Giallorossi dihimpit satu lagi kecederaan, sehari selepas tonggak baru, Georginio Wijnaldum, patah kaki ketika berlatih.
Pengurus Roma itu bimbang Zaniolo juga mungkin perlu berehat lama tetapi menganggap mereka tidak seharusnya terlalu bersedih.
“Saya bimbang, tetapi itulah kehidupan,” katanya.
“Menangis mengenainya tidak membantu.
"Jelas sekali kami mempunyai idea dan perancangan untuk mengetengahkan corak permainan kami -– kemudian dalam sekelip mata kami dalam situasi kekurangan pemain. Tetapi itulah bola sepak, ia boleh berlaku dan kami perlu terus pandang ke depan."
Mourinho tidak pasti sama ada dia akan dapat kembali ke pasaran perpindahan untuk mendapatkan pengganti.
Dia menambah: "Sekarang ini, semua orang mahukan perkara yang sama, iaitu membuat keputusan yang tepat untuk kelab. Keputusan ini bergantung kepada pemilikan dan pengurus besar.
"Mereka sudah tahu apa yang saya mahukan dan kini kami menghadapi kepincangan terbaru ini berikutan kecederaan yang melanda Zaniolo dan Wijnaldum. Tetapi kami semua bersatu dan bersama-sama kami akan cuba mencari penyelesaian terbaik."
Chris Smalling menjaringkan gol tunggal perlawanan ke atas Cremonese untuk mereka meneruskan rentak dua kemenangan Serie A.

??? pic.twitter.com/6bsRDoGbKZ
— AS Roma (@OfficialASRoma) August 22, 2022