Per Mertesacker berkata ketidaktentuan berhubung masa depan Arsene Wenger bukannya alasan terhadap aksi hambar Arsenal, musim ini.
Kelab yang berpangkalan di Stadium Emirates itu tercicir daripada saingan Liga Juara-Juara apabila menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini di kedudukan kelima.
Baru-baru ini, Wenger mendakwa spekulasi mengenai peranannya di kelab itu memberi kesan terhadap persembahan anak buahnya, begitupun Mertesacker berpendapat pemain-pemain seharusnya bertanggungjawab.
"Saya berasakan, kami selaku pemain tidak begitu mengambil berat mengenai kemungkinan yang akan berlaku terhadap pengurus pada musim depan," kata pemain pertahanan itu.
"Anda tidak boleh mengecewakan diri sendiri dan mencari alasan terhadap situasi masa depan pengurus. Kami seharusnya berasa beruntung dengan kehadirannya di sini.
"Ini bukanlah pendekatan saya mahupun pasukan.
"Kami perlu cermin diri sendiri dan merenung apa yang akan terjadi terhadap kami.
"Wenger dijangka akan membuat pengumuman mengeni masa depannya selepas perlawanan akhir Piala FA dengan Chelsea, hujung minggu ini."