Skip to main content

Bola Sepak

Simeone: Segalanya tidak mustahil buat Atletico Madrid

7517simeone.jpg
Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone, enggan berputus asa untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-juara (UCL) walaupun bakal mengharungi aksi timbal balik separuh akhir dengan ketinggalan tiga gol.

Hatrik Cristiano Ronaldo memberikan jaminan buat Real untuk sekali lagi bergelar juara Eropah walaupun bakal menantikan aksi kedua di Vicente Calderon.

Selepas Saul Niguez membantu pasukan meraih kemenangan buat Atletico ketika berdepan Eibar, Simeone mendakwa segala-galanya tidak mustahil buat pasukannya.

"Kami mengharungi perlawanan yang sukar tetapi segala-galanya tidak mustahil untuk mara ke final," kata Simeone.

Jaringan Saul memastikan Atleti menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik buat kali keenam berturut-turut dengan memiliki kelebihan lima mata ke atas penghuni tangga keempat dengan berbaki dua perlawanan.

"Kami masih kekurangan satu mata, Atletico perlu memberikan yang terbaik dalam perlawanan akan datang," kata Simeone.

"Saya amat berbangga kerana mengendalikan pasukan ini."

Advertisement

Must Watch Video