Diego Simeone penat membincangkan mengenai masa depannya dan tumpuannya adalah memastikan Atletico Madrid menamatkan saingan di tempat ketiga dalam saingan LaLiga.
Spekulasi mengenai masa depan Simeone di Madrid menjadi perbualan utama sejak permulaan musim ini dan jurulatih kelahiran Argentina itu telah dikaitkan dengan bekas pasukannya, Inter.
Simeone tidak menutup keinginannya untuk mengendalikan Inter, yang kini sedang mencari jurulatih baru selepas memecat Stefano Pioli.
Bagaimanapun, Simeone berkata tiada keperluan untuk menjelaskan mengenai masa depannya menjelang pertemuan berdepan Real Betis.
"Pasukan sedang memberikan tumpuan kepada aksi berdepan Betis," kata Simeone.
"Perkara yang penting buat saya adalah memastikan pasukan menamatkan saingan di tempat ketiga.
Naib juara Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu, Atletico, hampir melakar kebangkitan dalam saingan separuh akhir apabila tewas 4-2 secara agregat kepada Real Madrid.
Atletico turut mara ke separuh akhir Copa del Rey, namun perjalanan mereka ke final ditamatkan oleh Barcelona pada Februari.
"Kami amat berbangga dengan pencapaian kami dalam Piala Sepanyol dan UCL, berdepan dua pasukan yang hebat, dan kini kami memberikan tumpuan untuk terus memperbaiki permainan kami.
"Betis memiliki beberapa pemain yang berkualiti. Kami berharap dapat meraih keputusan yang positif untuk mencapai sasaran kami."