Diego Simeone mahu pemain-pemain Atletico Madrid terus mempamerkan aksi terbaik setiap kali peluang diberikan.
Atleti dilihat memiliki kekuatan serta barisan pemain yang lengkap musim ini untuk pertemuan berdepan Valencia, Isnin ini.
Vitolo, salah seorang pemain yang dibawa masuk Simeone, mengalami kecederaan ligamen lutut manakala bek kiri, Filipe Luis, yang mahu berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG), tersenarai dalam skuad untuk berdepan Rayo Vallecano dalam LaLiga.
Simeone berjanji untuk kekal dengan sistem penggiliran pemain dan menegaskan setiap pemain yang turun beraksi perlu mempamerkan persembahan terbaik.
"Semua orang akan beraksi," katanya.
"Setiap pemain akan berpeluang dan memiliki waktu beraksi.
"Seperti yang saya katakan, perkara yang penting dalam bola sepak adalah kualiti, bukan kuantiti. Thomas Lemar hadir dalam perlawanan berdepan Real Madrid dalam masa tambahan. Dia berjaya mencuri bola, melakukan hantaran kepada Saul Niguez untuk menjaringkan gol.
"Apa yang lebih penting? Bermain baik dalam tempoh 15 minit atau sebaliknya pada baki 70 minit? Ia adalah perdebatan tanpa henti dalam bola sepak. Saya memilih pemain-pemain yang memahami kualiti waktu bermain," katanya.