Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, menolak sebarang cadangan bahawa beliau sedang cuba menandatangani Alvaro Morata daripada musuh setempat, Real Madrid.
Terdapat laporan dari Sepanyol mencadangkan Simeone telah berhubung dengan Morata selepas mereka tewas 3-0 dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) kepada Real pada Khamis, dengan penyerang berusia 24 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan selepas kembali ke Santiago Bernabeu dari Juve pada Jun lalu.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu turut dikaitkan bakal beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan diura-urakan bersama Chelsea .
Ditanya mengenai gosip itu dalam satu sidang akhbar menjelang perlawanan LaLiga pasukannya berdepan Eibar hari ini, Simeone menawarkan reaksi tidak berbelah-bahagi.
"Saya tidak memberitahu kepada Morata untuk ke Atletico," katanya.
"Saya hanya berjenaka bersamanya ketika kami sedang berselisih."
Sementara itu, pengendali Real, Zinedine Zidane, mencadangkan Morata akan terus kekal bersama Los Blancos.
"Alvaro Morata adalah pemain Real Madrid," jelas pengendali kelahiran Perancis itu.
"Dia mencintai kelab ini - Real adalah hidupnya - itu yang sama dapat dikatakan buat masa ini."