Skip to main content

Bola Sepak

Simeone kunci perpindahan Felix ke Atletico

joaofelix.jpg
Joao Felix mendedahkan satu perbualan dengan Diego Simeone sudah cukup meyakinkannya untuk menyertai Atletico Madrid.

Pemain berusia 19 tahun itu menyertai kelab LaLiga berkenaan dengan yuran perpindahan EURO126 juta (RM578 juta) daripada Benfica awal bulan ini dan memberikan impak buat pasukan.

Meledak gol pertama kelab ketika meraih kemenangan 7-3 dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) ke atas Real Madrid Sabtu lalu, dia turut melakukan dua bantuan jaringan.

Beberapa gergasi Eropah telah dikaitkan dengan pemain kebangsaan Portugal itu tetapi Felix berkata berkhidmat untuk Simeone sudah cukup meyakinkan dirinya berhijrah ke Wanda Metropolitano.

Apabila ditanya mengapa dia menyertai Atletico, Felix memberitahu AS: "Kerana Atleti adalah kelab besar dan mereka berusaha untuk membentuk pemain.

"Ia juga kerana Simeone, yang mengetahui perkembangan terbaik buat setiap pemain penyerang.

"Hanya satu perbualan dengan beliau sudah memadai. Simeone memberitahu banyak perkara yang boleh dipelajari bersama Atletico.

"Saya sangat gembira kerana memilih Atletico dan tidak sabar untuk menghadapi musim baru."

Advertisement

Must Watch Video