ATLETICO MADRID 4 GETAFE 3
Diego Simeone memberikan penghargaan buat barisan pemainnya di Atletico Madrid selepas mengatasi ujian getir untuk mencatatkan kemenangan dramatik 4-3 ke atas Getafe dalam perlawanan LaLiga di Wanda Metropolitano awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menghiburkan sepanjang babak pertama, di mana enam gol terhasil dan Luiz Suarez gagal menyempurnakan peluang sepakan penalti.
Atletico mendahului 2-0 sebelum mereka pula ketinggalan 2-3 gara-gara sentuhan pemusnah Borja Mayoral dan jaringan berganda Enes Unal.
Angel Correa meraih jaringan peribadi keduanya menjelang waktu rehat untuk kedudukan kembali terikat 3-3 tetapi dugaan Atletico semakin berat selepas Felipe dibuang padang kerana mengasari Mauro Arambarri.
Ketika drama itu kelihatan akan berakhir dan Atletico mungkin berpuas hati dengan pungutan satu mata, tiga pemain gantian yang diturunkan Simeone memainkan watak masing-masing.
Rodrigo De Paul mengambil sepakan percuma yang kemudian disambut dengan tandukan oleh Joao Felix sebelum Mario Hermoso melakukan penyudah akrobatik yang menerjah jaring lawan pada minit ke-89.
Simeone seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilakukan pasukannya sambil memberikan pujian terhadap kemenangan dramatik itu.
"Amat sukar untuk menggambarkan sebuah perlawanan yang mempunyai beberapa perlawanan kecil di dalamnya," katanya kepada wartawan.
"Jika anda dapat menilai berapa banyak mereka mendapatkan percubaan tepat, ia amat sedikit.
"Terdapat waktu di mana kesukaran perlu diatasi dan sekali lagi ia muncul: gagal jaring penalti, daripada 2-0 kepada 2-3 dan kad merah yang benar-benar menyukarkan kami.
"Sekali lagi, jiwa pemain kami memberikan respons dengan cara yang luar biasa.
"Pemain yang dibawa masuk, De Paul, (Hector) Herrera, Joao... mereka melakukannya dengan sepenuh jiwa dan itulah yang kami perlukan," katanya.