Diego Simeone mencabar Atletico Madrid untuk menunjukkan kemampuan sebenar apabila menyambung aksi LaLiga menentang Granada awal pagi esok.
Rentetan keputusan tidak memuaskan, ditambah dengan masalah kecederaan, telah membuatkan musim Atletico dalam bahaya setelah berlanjutan lebih sebulan memasuki tahun baru.
Lima perlawanan tanpa kemenangan, termasuk kalah dalam penentuan sepakan penalti kepada Real Madrid dalam aksi Piala Super Sepanyol dan tewas mengejut 2-1 di tangan Cultural Leonesa dalam saingan Piala Raja Sepanyol, menyaksikan skuad kendalian Simeone itu hanya berpeluang menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah dan LaLiga.
Mereka kini jauh daripada status pilihan untuk mengungguli setiap saingan berkenaan tatkala Atletico kini ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, Real, serta berdepan Liverpool dalam pusingan 16 saingan Eropah.
Simeone yang kini menganggap setiap aksi adalah final mahu pemainnya menunjukkan kebolehan sebenar dalam beberapa minggu akan datang.
"Kami akan berdepan semua aksi final," katanya.
"Kami menghadapi cabaran dan menggalas tanggungjawab penting. Kami akan bersaing dengan pasukan yang bagus.
"Kami mahu fokus perlawanan demi perlawanan dan seluruh pasukan mempercayainya. Saya menjangkakan stadium yang penuh, memahami situasi dalam pasukan serta pemain faham keadaan saingan. Itu paling penting."
Ditanya mengenai penyingkiran Barcelona dan Real dalam Piala Raja Sepanyol minggu ini, dia menambah: "Saya sangat menghormati setiap pasukan dan tidak mahu memberikan pandangan mengenai situasi yang tidak melibatkan kami. Saya hanya fikir tentang meningkatkan pasukan dan keluar daripada keadaan ini. Ia tidak bagus. Kami harus tunjukkan kebolehan sebenar."
Perkhabaran gembira buat Atletico adalah penyerang, Diego Costa, dan tonggak tengah, Koke, semakin hampir untuk kembali beraksi.
Kecederaan belakang menyaksikan Costa diketepikan sejak November lalu sambil Koke hanya beraksi sekali sejak 14 Disember lalu akibat masalah di bahagian paha.
Simeone berharap kehadiran semula kedua-dua pemain itu mampu membantu pasukan.
"Dia akan kembali. Kami akan lihat jika dia boleh berada dalam kesebelasan utama," ujar Simeone mengenai Koke.
"Secara teknikal, dia seorang pemain bola sepak yang berbeza, melihat lebih banyak berbanding yang lain dan kami lebih banyak mencipta peluang apabila dia di atas padang.
"Costa telah menyertai latihan minggu ini. Dia mahu kembali dan doktor akan mengesahkan dia bersedia apabila tiba waktunya.
"Penting buat pasukan untuk menerima kehadirannya dan apabila Costa kembali, kami bakal diperkuatkan dengan pemain yang sentiasa membantu pasukan."
Editor: Nafis Abdullah