PORTUGAL 1 ITALI 0
Andre Silva bangkit dan menjaringkan gol kemenangan buat Portugal yang beraksi tanpa Cristiano Ronaldo apabila menewaskan Itali 1-0 dalam aksi pertama Liga A Kumpulan 3, Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Fernando Santos itu menerima permintaan Ronaldo untuk berehat dan walaupun mereka bergelut dalam beberapa aksi tanpa bintang Juventus itu sebelum ini, skuad juara Euro 2016 itu tetap mendominasi Itali di Lisbon.
Itali yang dibimbing Roberto Mancini tampak bernasib baik dalam babak pertama apabila tindakan Andrea Romagnoli mengeluarkan bola di atas garisan gol serta tiang mengekalkan kedudukan 0-0.
Namun, Portugal akhirnya menemui sasaran selepas rehat apabila penggempur Sevilla, Silva, menyudahkan gerakan serangan balas oleh Bruma untuk mengesahkan jaringan kemenangan.
Itali turun dengan sembilan pertukaran berbanding barisan yang terikat seri 1-1 dengan Poland sebelum ini, namun bernasib baik pada minit ke-14 apabila Bernardo Silva melakukan hantaran tidak sempurna ke tengah kotak penalti walaupun bintang Manchester City itu berpeluang untuk melepaskan rembatan terus ke pintu gol.
Romagnoli kemudian mempamerkan aksi terpuji sebelum permainan memasuki tempoh setengah jam apabila mengeluarkan bola hasil percubaan Bernardo di atas garisan gol selepas Silva memulakan gerakan.
Itali sekali lagi bernasib baik beberapa minit kemudian apabila hantaran lintang Mario Rui terkena Bryan Cristante sebelum bola singgah ke palang gol.
Usaha tidak henti Portugal akhirnya terbalas tiga minit selepas rehat apabila Silva melencongkan bola rendah melepasi penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, selepas menerima hantaran lintang rendah daripada Bruma.
Bernardo sekali lagi menguji ketangkasan Donnarumma, namun ia gagal diterjemahkan kepada jaringan walaupun Portugal jelas mendominasi permainan.
Namun, Itali ternyata sukar untuk mencari gol penyamaan dan membolehkan Portugal mengesahkan kemenangan.