Bernardo Silva menegaskan dia tidak mungkin berkata tidak kepada Pep Guardiola selepas memuktamadkan perpindahannya ke Manchester City dari AS Monaco.
Pemain Portugal itu melengkapkan perpindahan yang dilaporkan bernilai GBP43 juta, semalam, untuk menjadi pemain pertama dipancing City pada musim ini.
Silva teruja untuk menimba pengalaman di bawah bimbingan Guardiola sambil berasakan gandingan mereka mampu menghadirkan lebih banyak trofi di England.
"Kalau dia bukan jurulatih terbaik di dunia, dia adalah antara yang terbaik," kata Silva yang akan menyarung jersi bernombor 20.
"Sudah tentu apabila anda berpeluang untuk berlatih di bawah bimbingan Guardiola, anda tidak boleh katakan tidak.
"Seperti yang anda tahu, pencapaiannya di Barcelona dan Bayern Munich adalah menakjubkan dan kami menjangkakan dia mampu memenangi gelaran di sini juga.
"Ia sesuatu yang menakjubkan dapat bekerjasama dengannya dan peluang sebegini."
Silva bersedia untuk bekerja keras dalam usaha membantu City meraih kejayaan.
"Pada hari ini, kalau anda tidak bekerja keras, anda tidak akan berjaya," tambah pemain berusia 22 tahun itu.
"Bukan sahaja pemain pertahanan hanya perlu bertahan atau penyerang hanya menyerang. Ia mengenai pasukan dan kami perlu melakukan segalanya.
"Dalam beberapa tahun lalu, Manchester City bermain untuk mencapai kemenangan dan saya mahu memenangi medal. Apabila saya bercakap dengan orang di kelab ini, mereka sentiasa berkata matlamat mereka adalah memenangi kejuaraan dan itu juga sasaran saya.
"Jadi, saya di sini di samping pemain-pemain hebat yang ada, jurulatih dan keseluruhan pasukan memberi sokongan. Kami boleh melakukannya."
Silva terlebih dahulu akan bersama Portugal untuk mengharungi kempen Piala Konfederasi apabila tersenarai dalam skuad juara Eropah itu bersama-sama Cristiano Ronaldo dan bekas rakan sepasukannya di Monaco, Joao Moutinho.