Thiago Silva mahu Neymar kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) tetapi mengutamakan kegembiraan rakan senegaranya itu.
Neymar, 27, dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona, dua tahun selepas meninggalkan juara LaLiga itu untuk ke PSG menerusi yuran perpindahan rekod dunia EUR22 juta (RM1.045 bilion).
Penggempur yang terlepas saingan Copa America akibat kecederaan buku lali itu kini bersedia meninggalkan PSG tatkala Dani Alves turut mengesahkan untuk menamatkan khidmat di Paris.
Silva yang bakal berdepan Argentina dalam separuh akhir Copa America, Selasa ini berkata dia berharap Neymar akan kekal di Parc Des Princes.
"Ketika ini, ia tidak membantu. Kami dalam kejohanan yang lain," katanya.
"Sudah tentu ia sesuatu yang besar jika Neymar kekal tetapi dia mahu gembira.
"Alves mengeluarkan kenyataan untuk keluar, kami kehilangan seorang juara dan rakan. Malangnya, disebabkan kecederaan, dia tersingkir daripada Piala Dunia 2018 tetapi dia sentiasa positif. Diharapkan di mana sahaja dia pergi, akan bergembira."