Andre Silva tidak berselindung di sebalik dakwaan pengurus Sevilla, Joaquin Caparros, bahawa dia telah membesar-besarkan masalah kecederaannya.
Silva, yang dipinjam daripada AC Milan, dipinggirkan sejak 4 April lalu tetapi bersedia untuk menyertai skuad Portugal dalam kempen Pusingan Akhir Liga Negara-Negara Eropah, awal bulan depan.
Situasi itu mencetuskan kemarahan Caparros yang mempersoalkan kecederaan lutut anak buahnya itu, bahkan mencadangkan kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) supaya campur tangan sekiranya Portugal cuba menyenaraikannya.
Silva, yang hanya menyumbat dua gol tahun ini, pantas membidas kenyataan Caparros itu serta menegaskan kecederaan yang dideritainya cukup serius sehingga perlu diketepikan.
"Saya tidak berbohong mengenai kecederaan, saya telah menerima rawatan," kata Silva kepada A Bola.
"Saya seorang yang jujur. Saya mahu bermain tetapi kecederaan itu semakin buruk.
"Mungkin kerana kecederaan tersebut tidak ditangani dengan cara terbaik, saya sepatutnya berehat pada Disember untuk pulih tetapi ketika itu Sevilla memerlukan saya sementara saya sendiri mahu beraksi.
"Konsep profesionalisme saya dibuktikan menerusi dedikasi tinggi yang saya curahkan kepada kelab. Dalam konteks ini, ia mengenai Sevilla. Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya sentiasa mahu menjadi aset kepada pasukan."
Portugal akan menghadapi Switzerland dalam separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah, 6 Jun ini, dan Silva menjelaskan dia tiada masalah untuk menyahut panggilan antarabangsa jika cukup cergas.
"Saya sedang memberi tumpuan kepada proses pemulihan, saya sedar perlawanan itu semakin dekat," katanya. "Kecederaan ini boleh diatasi dan jika saya sudah pulih, mengapa pula saya tidak menyertai pasukan kebangsaan?"
Sevilla akan menamatkan kempen LaLiga bertemu Athletic Bilbao, Sabtu ini.