Mudah berasa selesa selepas mendahului menyebabkan Selangor dikejutkan dengan jaringan lawan, Felda United, dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, semalam.
Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, berkata Felda United juga bijak menggunakan peluang daripada kealpaan itu sehingga menyebabkan pertahanan The Red Giants goyah dengan serangan balas mereka.
“Pemain sepatutnya tampilkan persembahan yang mudah kerana kami telah mendahului 2-0, sebaliknya mereka mahu bermain secara cantik di kawasan padat.
“Corak permainan begitu membawa kepada serangan balas lawan dan akhirnya Felda United mendapat banyak sepakan percuma dan sepakan sudut.
“Kami pula kerap kehilangan bola di bahagian pertahanan lawan sehingga mereka bangkit melakukan serangan balas dan berjaya mendapat gol," katanya.
Dalam perlawanan tersebut, Selangor mengalahkan Felda United 2-1.
Selangor membuka tirai jaringan menerusi Sandro Da Silva pada minit ke-44 sebelum penyerang import, Ifedayo Olusegun, melebarkan jurang gol kurang 10 minit kemudian.
Pada minit ke-63, The Fighters bangkit mencipta gol pertama menerusi tendangan cantik Jocinei Schad yang berjaya mengelirukan penjaga gol, Khairul Azhan Khalid.
Sathianathan berkata keupayaan pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil, membaca dengan baik percaturan Selangor juga menggoyahkan benteng pertahanan mereka walaupun mengawal 30 minit permainan.
Sementara itu, Nidzam mengakui pasukannya wajib mengurangkan kesilapan 'kebudak-budakan' yang memberi kelebihan kepada The Red Giants mencipta jaringan.
"Mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ialah perkara asas yang perlu dilakukan pemain, sebaliknya mereka dilihat lebih gemar bermain secara dekat-dekat.
"Kami perlu ubah corak permainan ini kerana tidak akan selalu bernasib baik seperti bertemu Kedah sebelum ini yang menyaksikan pasukan kami bangkit selepas ketinggalan dalam separuh masa pertama," katanya.
Nidzam berkata kekalahan semalam menyebabkan The Fighters tidak boleh lagi kehilangan mata bagi empat perlawanan seterusnya sekiranya mahu kekal beraksi dalam Liga Super musim depan.
-- BERNAMA