Persaingan merebut kerusi panas ketua jurulatih Sepanyol bermula selepas khidmat jangka pendek Fernando Hierro berakhir dalam pusingan 16 Piala Dunia.
Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) mengesahkan ketua jurulatih baru akan dilantik bagi menggantikan Hierro.
Pemecatan Julen Lopetegui ketika Piala Dunia hampir bermula bermakna mereka memerlukan jurulatih baru.
Terdapat enam pilihan yang berkemampuan untuk mengendalikan juara dunia 2010 itu.
Rafael Benitez
Jika pengalaman yang diperlukan, Benitez adalah pilihan terbaik. Bekas pengendali Liverpool dan Real Madrid ini mempunyai sejarah di England dan Itali di samping mencipta kejayaan di laman sendiri bersama Valencia (merangkul dua gelaran LaLiga). Dikagumi kerana memiliki taktikal yang berkualiti, pemenang Liga Juara-Juara itu masih tidak berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh Newcastle United, lantas meningkatkan peluang untuk pengendali berusia 58 tahun itu beralih ke pentas antarabangsa.
Roberto Martinez
Pelantikan Martinez mengendalikan Belgium dilihat sebagai satu tindakan bijak. Sahamnya meningkat di Everton sebelum dipecat pada Mei 2016 tetapi terus membuat peralihan ke pentas antarabangsa dan cemerlang dalam membantu Belgium mara ke perlawanan separuh akhir Piala Dunia. Kemenangan 2-1 ke atas Brazil menjadi salah satu pencapaiannya, dengan Martinez mungkin berada di landasan terbaik jika memastikan kejayaan buat Red Devils di Russia.
Quique Sanchez Flores
Selepas Lopetegui dipecat, Flores muncul sebagai salah satu pesaing utama. Reputasinya dalam pemantauan RFEF ketika mengendalikan Espayol sebelum dipecat pada April lalu. Mengendalikan Atletico Madrid ketika menjuarai Liga Europa pada 2010 kekal sebagai pencapaian terbaiknya.
Michel
Beraksi untuk Sepanyol sebanyak 66 kali sepanjang beraksi bersama Real Madrid, Michel dilihat sebagai pilihan yang selamat dan dilaporkan mendapatkan sokongan pemain-pemain. Karier kejurulatihannya bersama Marseille dan Malaga berakhir dengan kegagalan tetapi menjuarai tiga liga bersama Olympiacos menjadi pencapaian terbaiknya.
Xavi
Adakah dia boleh diyakinkan untuk menamatkan karier di Qatar dan kembali ke pentas utama? Xavi masih aktif beraksi bersama Al-Sadd ketika berusia 38 tahun, dengan pemain tengah itu pernah meluahkan keinginannya untuk menceburi bidang kejurulatihan dan jika dia tidak berjaya bersama La Roja, Barca sentiasa menanti kehadirannya.